JI910: MATH QUEST BOX

NUR FAQIHAH MAISARAH BINTI SUKEMY SEKOLAH KEBANGSAAN MALAU

Projek inovasi Math Quest Box merupakan alat bantu pembelajaran berasaskan permainan yang direka khas untuk murid sekolah rendah bagi meningkatkan pemahaman dalam subjek Matematik. Ia mengandungi kad cabaran, papan permainan, dadu dan nombor magnet yang menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan mudah difahami. Pendekatan ini mampu menarik minat murid, mengukuhkan konsep asas serta menggalakkan pembelajaran kendiri dan kolaboratif.