KVO1037: AUTOMATIC & SMART ROLLER SHUTTER (AUTO-SRS) SYSTEM

Erza Hakimi Bin Muhamad KV Slim River

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.1404 | 16 Likes | 114 Views | 71 times | LS: 89.3
Like it? | Support them now!

Automatic & Smart Roller Shutter (Auto-SRS) System merupakan sejenis alat kemudahan yang direka untuk membenarkan pengguna mengautomasikan sistem Motorized Roller Shutter melalui Internet of Things (IoT). Projek ini menggunakan ESP32 sebagai modul IoT dan EPS32-CAM sebagai sistem pengecaman wajah untuk pengawalan Roller Shutter tersebut. Selaras dengan pembangunan industri 4.0, projek ini mengaplikasikan automasi dan IoT pada Bengkel Elektrik Kolej Vokasional Slim River. Projek ini bertujuan bagi memudahkan pensyarah dan pelajar untuk masuk dan keluar dari bengkel tanpa perlu mengangkat Roller Shutter. Sebaliknya, Auto-SRS akan bertindak secara automatik seperti menaikkan dan menurunkan Roller Shutter setiap hari kuliah tamat dengan penggunaan telefon pintar. Projek ini juga menekankan aspek keselamatan seperti Infrared Laser akan mengesan sekiranya seseorang melintas ketika Roller Shutter sedang menutup, maka secara automatik memberhentikan operasi. Oleh demikian, projek ini dapat membantu dan meningkatkan ketahanan Roller Shutter untuk jangka masa panjang.