JI754: ISQUARE

NUR ALYA IMAANI BINTI OTHMAN SK SUNGAI STAR

iSQUARE merupakan bahan bantu belajar  yang diwujudkan bagi membantu murid membuat pengukuran luas dengan mudah dan cepat. iSQUARE adalah satu medium pemudah cara yang boleh digunakan oleh murid untuk meningkatkan kefahaman terhadap tajuk pengukuran luas permukaan sekata dan tidak sekata. Aplikasi penggunaan iSQUARE yang mudah difahami merupakan ‘add on value’ terhadap inovasi disamping penggunaan secara langsung buku teks dan kertas petak sebelum diinovasikan. Murid dapat memahami cara pengukuran luas permukaan sekata dan tidak sekata dengan lebih mudah dan tepat. Inovasi ini adalah sesuai kepada semua murid berbeza aras dan kebolehan. Ini kerana, aplikasi iSQUARE yang lebih mudah difahami dan mesra pengguna. Inovasi iSQUARE menerima maklum balas yang positif daripada murid-murid dan guru-guru. Murid lebih memahami pengukuran luas permukaan sekata dan tidak sekata.