KVO900: Tart Bloom Rose

NUR INSYIRAH BT MOHD SAYUTI KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH

i3DC25 | Tertiary (Online)

CR: 0.3115 | 19 Likes | 61 Views | 15 times | LS: 39.9
Like it? | Support them now!

Penyelidikan ini dijalankan untuk menilai prestasi dan penerimaan pengguna terhadap produk inovasi yang diciptakan menjadi produk yang unik. Tart Bloom Rose merupakan inovasi makanan berasaskan konsep pemakanan sihat yang menampilkan gabungan unik bunga ros dan oat sebagai bahan utama, menggantikan tepung gandum konvensional. Inti tart ini diperbuat daripada putih telur dan susu badam, manakala stevia digunakan sebagai pemanis semula jadi bagi menggantikan gula putih. Inovasi ini bertujuan mengatasi masalah kekurangan pilihan pencuci mulut yang sesuai untuk individu dengan keperluan diet khas seperti pesakit diabetes, autisme, dan mereka yang sensitif terhadap gluten. Matlamat utama inovasi ini adalah untuk menyediakan alternatif pencuci mulut yang sihat, bebas gluten dan bebas gula, tanpa mengabaikan rasa dan nilai pemakanan. Direka khusus untuk meningkatkan kualiti hidup pengguna melalui pilihan makanan lebih sihat, Tart Bloom Rose menawarkan manfaat pemakanan yang lebih baik serta mengurangkan risiko kesihatan berkaitan pemakanan berproses. Golongan sasaran termasuk pesakit diabetes, individu dalam spektrum autisme, mereka yang mengamalkan diet bebas gluten, serta pengguna umum yang mementingkan gaya hidup sihat. Kajian awal melalui maklum balas pengguna dan ujian rasa menunjukkan penerimaan positif dari segi rasa, tekstur, dan kesesuaian diet, sekali gus membuktikan potensi keberkesanan inovasi ini. Dengan formulasi yang unik dan permintaan yang semakin meningkat terhadap makanan sihat, Tart Bloom Rose berpotensi tinggi untuk dikomersialkan dan menjalin kerjasama strategik bersama industri makanan kesihatan tempatan dan antarabangsa.