KHAULAH AL KHANSA BINTI MOHD FAIS SK ABDUL RAHMAN YASSIN KLUANG
Isu vandalisme seperti menconteng meja semakin membimbangkan. Sebagai penyelesaian, M-DESK diperkenalkan sebagai meja serbaguna yang praktikal dan inovatif. Meja ini mempunyai permukaan seperti whiteboard yang membolehkan murid menulis dan memadam dengan mudah. Bahagian atas meja boleh dibuka yang dikenali sebagai My Planner Zone iaitu ruang khas untuk murid meletak jadual, nota dan maklumat penting. Di bawahnya terdapat papan lukisan digital untuk aktiviti lakaran tanpa menggunakan kertas. Laci berkunci disediakan bagi menyimpan buku dan alat tulis, sekali gus mengurangkan beban beg. Kaki meja boleh dilaras mengikut mod standard dan atas lantai. M-DESK juga menyokong kelestarian melalui penggunaan semula bahan meja lama.