YI607: ABURA TRAP: SINKI DUA LAPIS

FAIRUS ASYIKIN BINTI ELIAS SMK TANJUNG ADANG

“ABURA TRAP”: Inovasi Sains Alam Sekitar

Fairus Asyikin binti Elias, Qalesya Dalila binti Ibrahim,  Norifah binti Mahadi (Guru Pembimbing)

Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang, 81550 Gelang Patah, Johor Bahru, Johor

ABSTRAK

Pembuangan minyak masak ke dalam sinki sering menyebabkan saluran air tersumbat dan pencemaran alam sekitar. Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan: Adakah minyak dapat dipisahkan daripada air sabun menggunakan konsep ketumpatan? Hipotesis kajian ini menyatakan bahawa minyak boleh dipisahkan daripada air sabun berdasarkan konsep ketumpatan, di mana minyak yang kurang tumpat akan terapung di atas permukaan air. Metodologi kajian merangkumi tiga peringkat utama: kajian awal bagi mengenal pasti masalah sebenar, mereka bentuk produk berasaskan prinsip ketumpatan, serta pengubahsuaian prototaip berdasarkan hasil eksperimen. Prototaip dibina menggunakan bahan mesra alam seperti bekas plastik, saluran paip kecil dan penapis. Eksperimen dijalankan dengan mencampurkan air sabun dan minyak masak, dan campuran tersebut dimasukkan ke dalam alat pemisah. Pemerhatian menunjukkan bahawa minyak berjaya diasingkan dan terapung di permukaan, manakala air sabun dikeluarkan melalui saluran khas. Hasil eksperimen menunjukkan bahawa produk ini mampu memisahkan sehingga 80% minyak daripada campuran. Kesimpulannya, inovasi ini membuktikan bahawa prinsip ketumpatan dapat diaplikasikan secara berkesan dalam kehidupan harian. Produk ini bukan sahaja membantu menjaga kebersihan saluran sinki, malah minyak yang dikumpul boleh digunakan semula, contohnya untuk penghasilan biodiesel. Inovasi ini menyokong matlamat pembangunan lestari (SDG) ke-6: Clean Water and Sanitation.