JASSELYNN ANAK JOHNNY SMK PENRISSEN
Inovasi LUCKY GAME ini bertujuan untuk menarik minat pelajar dalam menjawab soalan bagi subjek Pendidikan Moral. Inovasi ini tercetus apabila kami mendapati pelajar lemah dalam menjawab soalan struktur dan esei. Pelajar tidak mampu menjana idea dan huraian apabila menjawab soalan. Guru Pendidikan Moral kami telah mendedahkan teknik menjawab soalan. Antara teknik menjawab soalan yang dikongsikan oleh guru dan menjadi panduan penulisan murid ialah teknik Mak Bagi Kek Coklat, teknik Nenek Wan Harap Hujan Lebat, teknik Nenek Wan Harap Hujan Lebat Cu dan teknik KFC. Maka, kami telah mencipta satu permainan berpandukan teknik menjawab tersebut. Pada masa yang sama, pelajar juga dapat bermain sambil belajar bersama rakan dan guru. Pelajar juga lebih berminat mempelajari sesuatu teknik apabila ianya berbentuk permainan selaras dengan Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21). Menerusi inovasi ini, impak positif dapat dilihat apabila pelajar berminat mempelajari teknik dengan mudah sekali gus memudahkan pengajaran guru yang menjadi lebih seronok. Malah, pelajar berjaya menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang.