BADRULMIRZA UKAIL BIN BADRUL HISHAM SMK SUNGAI LAYAR
Kekurangan akses kepada air bersih masih menjadi isu penting di beberapa kawasan luar bandar dan kawasan bencana. Oleh itu, penghasilan penapis air yang mudah, kos rendah dan mesra alam menjadi keperluan mendesak. Projek Inovasi PBL-STEM Penapis Air ini direka khas oleh pelajar RBT Tingkatan 1 sebagai satu solusi kepada masalah air tercemar melalui pendekatan pembelajaran berasaskan projek (PBL) yang menggabungkan elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Penapis air ini dibina menggunakan bahan terpakai dan semula jadi seperti pasir, arang aktif, kapas dan batu kecil yang berfungsi menapis kekotoran fizikal dan kimia dalam air. Projek ini bukan sahaja menyelesaikan masalah sebenar, tetapi juga meningkatkan kreativiti dan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah serta menyemai nilai kelestarian alam sekitar.