MOHAMMAD DANISH BIN MOHD SUHABUDIN Kolej Vokasional Kemaman
Cuaca yang tidak menentu serta peningkatan suhu yang mendadak di Malaysia yang mencecah sehingga 38 darjah Celsius, telah menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat kerana telah menyebabkan risiko kesihatan, termasuk kematian kanak-kanak akibat strok haba. Sebagai usaha untuk menangani isu ini, sebuah projek inovatif yang dikenali sebagai "Automatic Fan Temperature Using IOT" telah dibangunkan. Projek ini direka untuk mengurangkan suhu panas di dalam bilik berukuran 10 kaki persegi secara automatik, dengan menggunakan peranti WiFi UNO Based ESP32 dan sensor DHT11 yang canggih. Projek ini beroperasi apabila suhu bilik melampaui 33 darjah Celsius, exhaust fan akan berfungsi secara automatik untuk mengeluarkan haba di dalam bilik. Sebaliknya, apabila suhu turun di bawah 32 darjah Celsius, exhaust fan akan berhenti beroperasi dan memberikan keselesaan optimum tanpa pembaziran tenaga elektrik. Salah satu ciri projek ini adalah kemampuan pengguna untuk memantau suhu bilik secara online melalui aplikasi Blynk yang telah dimuat naik di telefon pintar. Semoga projek ini dapat memberi impak positif dalam menangani kesan perubahan iklim dan melindungi kesejahteraan masyarakat daripada risiko suhu yang ekstrem.