PRO980: EDU-IoT : PEMBINAAN MODEL SISTEM BERASASKAN IoT UNTUK PEMBELAJARAN PELAJAR TVET

ROSLINA BINTI MANAF KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH

Projek ini bertujuan membangunkan sebuah model sistem kawalan berasaskan Internet of Things (IoT) menggunakan mikropengawal ESP32 dan aplikasi Blynk bagi memberikan pendedahan awal kepada pelajar Teknologi Elektrik. Sistem ini direka bentuk untuk mengawal suhu, lampu, kipas serta menghantar notifikasi SMS secara automatik. Pelaksanaan projek melibatkan pembinaan model fizikal yang disertakan dengan manual bergambar yang menerangkan langkah penyambungan komponen seperti sensor suhu, relay, dan modul komunikasi, serta panduan konfigurasi aplikasi Blynk. Manual ini juga mengandungi contoh atur cara (coding) menggunakan Arduino IDE bagi memudahkan pelajar memahami proses kendalian sistem secara menyeluruh.

Pelajar dibimbing secara berstruktur melalui pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) yang disepadukan dengan Model 5E (Engage, Explore, Explain, Elaborate dan Evaluate). Hasil projek menunjukkan peningkatan dalam pemahaman teknikal, kemahiran menyelesaikan masalah, kerja berpasukan serta minat pelajar terhadap teknologi IR 4.0. Kajian terdahulu menyokong pendekatan ini sebagai lebih fleksibel, kos efektif dan sesuai berbanding penggunaan sistem automasi konvensional seperti PLC atau KNX. Projek ini bukan sahaja memberi impak dalam penguasaan teknologi, tetapi juga menggalakkan budaya inovasi dalam kalangan pelajar TVET melalui penglibatan dalam pertandingan inovasi.