PRO330: SPINNER

SITI NUR DIANA BINTI ABDUL RAMAN SMK TEMERLOH JAYA

i3DC25 | Professional (Online)

CR: 0.2308 | 12 Likes | 52 Views | 70 times | LS: 84.8
Like it? | Support them now!

Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah dan rintangan yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Transformasi Isometri merupakan salah satu topik yang penting dan perlu dikuasai oleh murid tingkatan 2 sebelum melangkah ke topik seterusnya iaitu Kekongruenan, Pembesaran dan Gabungan Transformasi semasa di tingkatan 5. Putaran pula merupakan subtopik bagi Transformasi Isometri yang agak sukar dikuasai oleh murid tingkatan 2 di SEMTAJ. Seramai 4 orang responden dari tingkatan 2, iaitu 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan serta 8 orang guru terlibat dalam kajian ini. Objektif kajian adalah untuk membantu murid menentukan imej dan objek bagi suatu putaran dengan bantuan ‘SPINNER’. ‘SPINNER’ merupakan sekeping plastik lutsinar yang dilukis mengikut kuadran, mempunyai tanda arah dan sudut tegak. ‘SPINNER’ sangat ringkas dan senang digunakan. Keputusan ujian sebelum dan selepas ‘SPINNER’ digunakan telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Murid juga dapat memendekkan masa menjawab soalan setelah menggunakan ‘SPINNER’. ‘SPINNER’ berjaya menarik minat murid untuk belajar dan memberi kepuasan kepada guru semasa mengajar. Semoga ‘SPINNER’ dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai murid di SEMTAJ khususnya dan seluruh murid di semua sekolah.