MUHAMMAD AMIERUL SYAMRIN BIN MAZLAN KOLEJ VOKASIONAL SERI MANJUNG
Projek Food Cover Heater ini bertujuan untuk mengekalkan suhu makanan supaya sentiasa hangat, terjaga kualiti makanan dan selamat dimakan. Ia direka bentuk dengan gabungan tudung saji konvensional dan elemen pemanas yang dikawal secara automatik. Pemanas ini menggunakan sumber tenaga elektrik dengan kawalan suhu untuk mengelakkan makanan menjadi sejuk dan kering. Reka bentuknya mesra pengguna, mudah alih, dan sesuai digunakan di rumah, restoran, atau di dalam majlis. Projek ini juga menekankan aspek keselamatan dan penjimatan tenaga bagi memastikan kecekapan penggunaan. Dengan inovasi ini, makanan boleh dikekalkan pada suhu yang ideal untuk tempoh yang lebih lama tanpa menjejaskan kualiti dan kesegaran makanan.