KVO924: Sabun HiMint

Dhia Batrisyia Binti Khairil Effendi KOLEJ VOKASIONAL PASIR MAS

Sabun HiMint merupakan sabun herba semula jadi yang diformulasi daripada campuran bes sabun, lendir daun bunga raya, kristal menthol, dan daun pandan. Lendir daun bunga raya mengandungi bahan aktif seperti beta-sitosterol yang membantu menyejuk dan melembapkan kulit. Kristal menthol pula memberi sensasi sejuk dan menyegarkan, manakala daun pandan berfungsi sebagai pewangi semula jadi yang menyenangkan. Gabungan bahan-bahan ini menjadikan sabun Himint sesuai digunakan untuk membantu meredakan demam, menyegarkan tubuh serta memberikan aroma yang menenangkan. Produk ini sesuai untuk semua peringkat umur dan disasarkan sebagai alternatif sabun semula jadi yang selamat dan berkesan.