KVO186: SKOP DWIFUNGSI

Muhamad Rafiq Bin Shariffuddin KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER

i3DC25 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 15 Views | 21 times | LS: 21.0
Like it? | Support them now!

Skop dwifungsi merupakan produk yang direka khas untuk mengangkut dan menapis pasir dalam satu masa. Skop pasir sedia ada perlu ditambah baik kerana tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan dan menyebabkan kesukaran ketika kerja penapisan dilakukan. Skop dwifungsi ini dihasilkan bertujuan memudahkan proses kerja menapis pasir agar lebih cepat tanpa memerlukan tenaga kerja yang ramai. Projek ini dilaksanakan untuk menggabungkan dua elemen dalam satu produk. Ini bagi memudahkan pengguna mengangkut dan menapis pasir tanpa perlu menggunakan penapis pasir manual sedia ada. Hal ini kerana jaring penapis telah di aplikasikan pada bahagian hadapan skop dwifungsi ini. Pelaksanaan produk ini adalah di bengkel Teknologi Pembinaan. Projek skop dwi fungsi ini dapat digunakan di mana-mana lokasi kerana sifatnya yang mudah alih. Produk ini juga boleh digunakan oleh pengguna pelbagai saiz badan kerana rekabentuk dan saiz skop yang kecil.