NOOR FARRA ALEYNA BINTI AHMAD REJAB KOLEJ VOKASIONAL ERT SETAPAK KUALA LUMPUR
Tujuan produk ini dicipta bagi membantu guru dalam proses mengajar kanak-kanak tentang kejadian siang dan malam. Produk ini mampu bagi membantu pembelajaran kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar dalam kehidupan sehariannya. Kanak-kanak akan lebih memahami, mempelajari, mengetahui dan dapat membezakan tentang kewujudan siang dan malam. Oleh itu, kanak-kanak dapat membiasakan dirinya bagi menjalani kehidupan diri kanak-kanak. Kanak-kanak dapat mempelajari dan memahami nilai murni yang perlu diterapkan dalam dirinya tentang kepercayaan kepada tuhan yang menciptakan kejadian siang dan malam. Mereka dapat mengagumi ciptaan Tuhan yang menciptakan matahari dan bulan. Mereka juga dapat menerapkan nilai kesyukaran dalam diri mereka kerana masih diberi peluang untuk melihat dan mempelajari tentang kejadian siang dan malam. Kumpulan sasaran pada produk bahan bantu mengajar kami adalah kepada kanak-kanak Taska dan Tadika yang berumur lingkungan Taska ( 3-4 tahun ) dan Tadika ( 5-6 tahun ) bagi mengajar kanak-kanak untuk memahami dan mempelajari konsep siang dan malam dan seterusnya mengaplikasikan dalam kehidupan sehariannya. Contohnya waktu pagi untuk mereka pergi ke sekolah dan waktu malam adalah waktu rehat. Kami mencipta produk bahan bantu mengajar ini kerana terdapat beberapa kanak-kanak yang tidak dapat memahami dan keliru dengan konsep kejadian siang dan malam. Kami menyelesaikan masalah ini dengan mencipta produk bahan bantu mengajar siang dan malam bagi membantu kanak-kanak yang masih keliru dan tidak memahami konsep kejadian siang dan malam.