SARINAH BINTI MADJIT SK ISKANDAR PERDANA
Inovasi ini merupakan bahan bantu mengajar yang memfokuskan kepada pengenalan huruf,sukukata,perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi huruf vokal. Bahan ini dihasilkan sebagai salah satu kaedah atau pendekatan yang digunakan untuk meningkatkan kebolehan murid-murid prasekolah khususnya dalam menguasai kemahiran membaca perkataan mudah. Bahan ini adalah mudah dan menarik untuk digunakan oleh murid- murid kerana semasa menggunakan bahan ini murid dapat berinteraksi dan berseronok dalam proses pembelajaran mereka sesuai dengan konsep kemahiran mengecam dan mengenal pasti huruf dan perkataan dengan betul. Inovasi Tutubot ini bermaksud penutup botol yang digunakan sebagai bahan utama kit inovasi ini. Inovasi ini menjadi bahan bantu mengajar yang sangat menarik dan boleh digabungjalinkan dengan pelbagai aktiviti kuiz.