QASEH QASDINA BINTI SHARIDAN SMK TELOK KUMBAR
Akuaponik merupakan sistem pertanian inovatif yang menggabungkan akuakultur (penternakan ikan) dan hidroponik (penanaman tumbuhan tanpa tanah) dalam satu ekosistem yang saling bergantung. Dalam sistem ini, sisa buangan ikan akan ditukarkan oleh bakteria kepada nutrien yang diperlukan tumbuhan, manakala tumbuhan pula membantu menapis air sebelum dikitar semula kepada ikan. Kaedah ini menjimatkan air, tidak memerlukan baja kimia, dan sesuai diamalkan dalam kawasan terhad. Sistem akuaponik mampu meningkatkan keselamatan makanan dan kelestarian alam sekitar. Projek ini menunjukkan bahawa akuaponik adalah satu pendekatan pertanian mampan yang berpotensi besar untuk masa depan, terutama di kawasan bandar dan tanah terhad.