YI994: JOUKPINN

SITI NURMAISARAH AMNI BINTI MOHAMAD AMRI SM SAINS PASIR PUTEH

Selaras dengan tema “Sustainable TVET Initiative Through Innovation”, inovasi JOUKPINN diperkenalkan sebagai permainan berasaskan Ludo yang direka untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap ayat cakap ajuk dan cakap pindah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Inovasi ini melibatkan 27 murid Tingkatan 3 yang menghadapi kesukaran dalam topik tersebut akibat kekurangan pendekatan pembelajaran yang menarik dan praktikal. Kajian tindakan selama dua bulan ini menggunakan kaedah campuran melibatkan ujian pra dan pasca, pemerhatian serta temu bual. Hasil kajian menunjukkan peningkatan signifikan dari segi kefahaman, minat dan kemahiran komunikasi murid. JOUKPINN membuktikan potensi inovasi pendidikan berteraskan TVET yang lestari dan berimpak tinggi.
Kata kunci: JOUKPINN, permainan Ludo, ayat cakap ajuk, ayat cakap pindah, inovasi pendidikan, TVET