YI855: EMEKO PRO

KHAIRUL AIMAN ANUAR BIN ARIFFIN KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) CHENOR

Inovasi penghasilan Effective Microorganism (EM) berasaskan sisa buah-buahan merupakan pendekatan lestari dalam mengurus dan memanfaatkan lambakan buangan organik. Sisa buah-buahan iaitu pisang, betik, dan mangga difermentasi bersama minuman probiotik, molases dan air tanpa klorin bagi menghasilkan larutan yang kaya dengan mikroorganisma bermanfaat seperti Lactobacillus sp. Produk EM ini berupaya merangsang pertumbuhan tanaman, mempercepat proses pengkomposan, penghasilan silaj ternakan serta berfungsi sebagai agen pengawalan bau semula jadi. Keberkesanan inovasi ini telah dibuktikan melalui penggunaannya sebagai bahan utama dalam penghasilan silaj, di mana hasilnya menunjukkan seawal tujuh hari produk inovasi ini boleh digunakan dalam penghasilan silaj rumput Napier. Inovasi ini bukan sahaja menawarkan penyelesaian yang lebih baik berbanding kaedah konvensional, tetapi juga menjimatkan kos sehingga 75% berbanding jika dibeli di pasaran dan juga mampu menjana pendapatan ladang.