YI418: TREK PINTAR KATA

JAYVIEN LUCIUS BIN JACKLINE SMK PENRISSEN

Permainan Trek Pintar Kata ialah inovasi pendidikan interaktif yang menggunakan trek berwarna untuk menguji dan memperkukuh pemahaman pelajar tentang jenis-jenis kata dalam Bahasa Melayu. Pelajar bergerak maju di trek dengan menjawab soalan berdasarkan kategori kata, dan pemain yang pertama sampai ke penamat akan menang. Pendekatan ini mendorong pembelajaran aktif dan menyeronokkan.