JI610: ABBRAILLE 2.0

MUHAMMAD FARRIS IKHWAN BIN MARZOKI SK BAGAN SERAI

ABBRAILLE 2.0 merupakan inovasi bahan bantu belajar yang dicipta bagi meningkatkan tahap penguasaan murid bagi menguasai kod braille asas dan mengenali abjad a hingga z yang telah ditambahbaik dengan penambahan kedudukan jari pada mesin braille. Responden kajian terdiri daripada 2 orang murid berkeperluan khas masalah penglihatan 2 PKL Genius dari Sekolah Kebangsaan Bagan Serai, Perak dan kedua-duanya adalah lelaki. Tinjauan awal terhadap responden mendapati murid sukar untuk mengingati kod braille berserta padanan huruf yang mewakili kod braille serta kedudukan jari pada mesin braille. Bagi murid yang mengalami masalah penglihatan, adalah penting bagi mereka untuk mempelajari huruf dalam kod braille dan juga turut mengenali bentuk huruf bagi tulisan biasa. Sebelum menggunakan Abbraile 2.0 iaitu buku yang mengandungi huruf kod braille dan bentuk huruf timbul, murid tiada sumber rujukan yang mudah untuk digunakan ketika berada dalam kelas. Jika menggunakan nota tulisan biasa agak sukar bagi murid berkeperluan khas masalah pengilhatan untuk membaca kod braille. Abbraille 2.0 yang menggabungkan dua penggunaan huruf dalam satu buku serta kedudukan jari pada mesin braille ini telah membantu murid membaca atau menyentuh huruf timbul serta kod braille. Murid juga dapat mengenal pasti kedudukan titik kod braille dengan lebih tepat kerana setiap huruf bagi kod braille adalah berlainan bagi setiap satu.