YI170: 3B BUBBLE BATH BOMB

AISYAH HAZWANI BINTI AZIZ KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

Produk 3B bubble bath bomb ini diformulasi menggunakan bahan semula jadi yang terpilih iaitu rebusan air serai wangi, serbuk bidara dan air bunga telang. Selain itu, produk ini juga menggunakan baking soda, tepung jagung, bunga telang segar, citric asid, epsom salt dan essential oil serai wangi. Kelebihan serai wangi adalah  menenangkan badan & minda. Kebiasaannya bahan serai wangi digunakan dalam aromaterapi untuk mengurangkan tekanan, stres, dan memberi kesan relaksasi. Bau segar dan menyenangkan dapat menyegarkan badan dan ringan selepas mandi serta mengatasi masalah bau badan secara semula jadi. Manakala kebaikan bunga telang adalah ia merupakan antioksidan semula jadi untuk melindungi kulit daripada radikal bebas dan melambatkan penuaan kulit. Seterusnya, bunga telang dapat mengekalkan kelembapan dan menjadikan kulit lebih segar dan lembut. Serbuk bidara pula mempunyai sifat pembersih semula jadi yang dapat membantu menyingkirkan kotoran dan minya berlebihan pada kulit. Ia juga mempunyai sifat anti-radang dan antibakteria yang bagus untuk kulit sensitif, ruam, atau ekzema. Daun bidara juga bertindak sebagai detoks semula jadi untuk badan dan sangat sesuai digunakan dalam bath bomb atau sabun untuk rasa segar & bersih selepas mandi. Pastinya gabungan bahan-bahan ini dapat membantu kelembapkan dan menyegarkan tubuh badan. Kemudian, bahan epsom salt ditambah dalam produk bath bomb bagi membantu melembapkan kulit kering dan menjadikan kulit lebih halus. Essential oil ditambah ke dalam bahan produk bagi mengeluarkan bau yang kuat supaya ia dapat mengurangkan tekanan dan keletihan. Penggunaan bath bomb semestinya memberikan pengalaman mandi lebih baik kerana warna, buih, dan aromanya menjadikan mandi seperti pengalaman spa. Akhir sekali, produk ini sangat sesuai dengan pelbagai peringkat umur dan selamat untuk ibu mengandung kerana kandungan produk ini menggunakan bahan yang tidak memudaratkan kesihatan.