Mohd Hafiz Bin Fakhrurazi Kolej Vokasional Kulim
Statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa 1,305 kematian jalan raya berlaku antara tahun 2011 hingga 2021 akibat pemandu yang tertidur (microsleep) semasa memandu. Hal ini amat membimbangkan kerana micro sleep terjadi dengan begitu pantas iaitu dalam split second. Projek bagi Membangunkan Sistem Pengesan Microsleep semasa Pemanduan direkabentuk sebagai satu sistem amaran yang akan sentiasa menyedarkan pemandu jika mata mereka terlelap. Sistem ini dilengkapi dengan penderia kamera yang akan merakamkan pergerakkan mata ketika tutup dan buka. Jika Mata ditutup pada lebih daripada 5 saat, sistem penggera akan berbunyi supaya pemandu berada dalam keaadan celik semula. Sistem ini merupakan satu sistem yang akan mencegah kepada berlakunya microsleep dan boleh menyelamatkan nyawa pemandu kenderaan.