SURAYA JASMIN BINTI SAMRIZAT SAZLI SK NILAI IMPIAN
Kajian ini menilai keberkesanan alat reka ganti Stesen Pintar atau Smart Teaching Enhancement Platform (STEP) dalam Pendidikan Jasmani suaian bagi murid berkeperluan khas autisme. Alat ini terdiri daripada gabungan batang paip pvc berbentuk segi empat modular bagi menggantikan gelung rotan konvensional. Sampel kajian terdiri daripada lima guru dari tiga negeri melibatkan 25 murid. Kaedah campuran digunakan melalui soal selidik, pemerhatian dan temubual. Hasil kajian menunjukkan peningkatan dalam koordinasi motor, tumpuan dan penglibatan murid. Guru melaporkan pengurusan kelas lebih berkesan serta berlaku pengurangan gangguan tingkah laku. STEP terbukti membantu pengajaran lebih inklusif dan responsif.