KVO930: ALAT PENGUKUR BERAT DAN KETINGGIAN AUTOMATIK

MUHAMMAD MUAZD BIN MAD HANIM KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER

i3DC25 | Tertiary (Online)

CR: 0.0455 | 1 Likes | 22 Views | 74 times | LS: 75.0
Like it? | Support them now!

Projek ini menghasilkan alat pengukur ketinggian dan berat badan berasaskan Arduino Uno, sensor ultrasonik dan load cell. Ia direka untuk mengukur tinggi dan berat secara serentak tanpa bantuan orang lain, dengan had maksimum 200 cm dan 180 kg. Sensor ultrasonik mengukur ketinggian melalui pantulan gelombang, manakala load cell mengesan berat melalui tekanan. Data diproses oleh mikropengawal dan dipaparkan pada skrin LCD. Ujian menunjukkan keputusan tepat dengan ralat minimum. Alat ini mudah alih, menjimatkan masa, tenaga dan kos. Ia sesuai digunakan di klinik, tempat awam dan lokasi lain tanpa pemasangan kompleks.