Shah Rizal Bin Saini Slim River Vocational College
Projek ini membangunkan Mesin Penggulung Logam Mini Mudah Alih sebagai penyelesaian kepada masalah mesin sedia ada yang besar, berat, uzur dan tidak sesuai untuk kerja ringan di bengkel KVSR. Pembangunan mesin ini melibatkan penetapan sasaran, reka bentuk terperinci, pemilihan bahan kos efektif, pembuatan prototaip, serta pengujian prestasi dan keselamatan. Hasil ujian menunjukkan mesin ini mampu menggulung logam sehingga 150mm secara kemas, sekata dan konsisten. Inovasi ini bersaiz kompak, mudah dialihkan, menjimatkan ruang serta mengurangkan kebergantungan kepada mesin konvensional. Implikasinya, ia meningkatkan produktiviti bengkel, memperkukuh pengajaran kemahiran vokasional, serta berpotensi diperluas penggunaannya dalam industri kecil dan latihan teknikal berskala komuniti.