ALEESYA SAFIYYA BINTI MUHAMMAD JUHAIRI AZIZ SMK AGAMA (P) ALAWIYAH KANGAR
EmoRter (Your Emotions suppoRter) adalah produk inovatif berbentuk kad dan disatukan seperti keychain yang direka untuk membantu individu mengenali, memahami, dan menguruskan emosi mereka dengan lebih baik. Setiap kad dalam koleksi EmoRter mewakili satu emosi tertentu, seperti gembira, sedih, cemas, marah, dan banyak lagi. Setiap kad dilengkapi dengan penerangan mengenai emosi tersebut, aktiviti yang disarankan untuk meredakan atau menstabilkan emosi, serta mesej positif dan quotes inspirasi daripada karakter utama produk ini, iaitu EmoRter.
Selain itu, produk ini juga mempunyai QR code yang menghubungkan pengguna ke playlist Spotify yang sesuai dengan emosi yang sedang dihadapi. Di samping itu, satu kad khusus menyediakan ruang kosong bagi pengguna untuk meluahkan perasaan mereka dalam bentuk tulisan atau lukisan, memberikan kaedah ekspresi yang lebih personal. Kad lain pula memaparkan senaman ringkas yang boleh dilakukan untuk menstabilkan emosi apabila seseorang berasa tertekan atau tidak stabil.
Setiap kad EmoRter yang direka dengan format yang praktikal dan mudah dibawa ke mana sahaja, membolehkan pengguna sentiasa membawa sokongan emosi bersama mereka. Dengan kombinasi elemen-elemen ini, EmoRter bukan sahaja menawarkan cara yang menyeronokkan dan mudah diakses untuk mengenali emosi, tetapi juga menyediakan penyelesaian praktikal untuk menguruskan perasaan dengan lebih berkesan.
Produk ini sesuai untuk semua peringkat umur dan direka untuk digunakan dalam situasi seharian sebagai alat sokongan kesejahteraan mental yang mudah, interaktif, dan berkesan.