YI339: STANDARD HOLE

FELISIANA FILEMON SMK DATUK PETER MOJUNTIN

Standard Hole merupakan satu inovasi pendidikan yang direka khas untuk murid Pendidikan Khas yang mengambil sukatan Kemahiran Asas Tanaman dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK). Alat ini membantu murid menghasilkan lubang semaian yang seragam pada tray semaian serta mengelakkan tangan mereka daripada kotor. Dengan penggunaan bahan mudah seperti papan akrilik dan batang kayu, alat ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran murid dalam pertanian, tetapi juga memudahkan proses pembelajaran mereka. Keberkesanan alat ini dinilai berdasarkan ketepatan hasil penyemaian, kebersihan tangan murid, serta tahap keyakinan murid dalam melakukan aktiviti secara kendiri. Selain itu, alat ini dapat menjimatkan masa dalam proses penyemaian kerana murid dapat menghasilkan lubang semaian dengan lebih pantas dan seragam berbanding kaedah konvensional. Kajian literatur menunjukkan bahawa inovasi alat bantu dalam pendidikan khas dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid berkeperluan khas (Ahmad & Zulkifli, 2020). Secara keseluruhannya, inovasi ini menawarkan kaedah pembelajaran yang lebih sistematik, efektif, dan inklusif bagi murid Pendidikan Khas.