NUR SYUHADA BINTI MOHAMED HAUZA Kolej Vokasional (ERT) Azizah
Pelajar tahun 2DVM Bakeri dan Pastri telah melaksanakan dan mencipta satu inovasi baharu iaitu Chocolate Eclairs With Sweet Potato Custard Filling. Inovasi ini dijalankan bagi memperbaharui produk yang sedia ada dari segi rasa dan rupa dengan penambahan bahan iaitu keledek ungu. Eclairs ini diinovasikan dengan menggunakan keledek ungu ini kerana ia mempunyai warna dan rasa yang semula jadi yang ada pada keledek ungu ini. Selain itu, keledek ungu ini adalah sayuran yang mudah dicari yang terdapat di pelbagai pasaraya. Oleh itu, dengan inovasi yang pengkaji hasilkan dapat menerapkan masyarakat bahawa keledek ungu ini mempunyai rasa manis yang semula jadi dan baik untuk kesihatan. Di samping itu, semasa pembuatan produk inovasi ini pengkaji telah menyediakan sampel untuk diberikan kepada 20 orang responden. Pelajar juga turut menyediakan borang soal selidik kepada responden bagi mendapatkan penilaian produk inovasi yang pengkaji telah hasilkan. Keseluruhannya, berdasarkan soal selidik terdapat ramai responden yang gemar akan produk inovasi ini.