KVO904: INOVASI JEM TOMATO CERI

NUR AINA SOFIYA BT MOHD AZMAN KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH

i3DC25 | Tertiary (Online)

CR: 0.1000 | 1 Likes | 10 Views | 17 times | LS: 18.1
Like it? | Support them now!

Inovasi ini memperkenalkan jem cherry tomato masam manis yangmenggunakan tomato sebenar tanpa bahan kimia atau perisa tiruan. Produk ini dibangunkan sebagai alternatif sihat kepada sapuan manis biasa serta menyelesaikan masalah penggunaan bahan buatan dalam pemprosesan makanan. Objektif utama adalah menghasilkan jem yang sihat, berkualiti, dan mengekalkan rasa semula jadi tomato. Penggunaan bahan semulajadi seperti cherry tomato segar, gula rendah, perahan lemon dan esen vanila menjadikan jem ini unik dan lebih mesra pengguna. Sasaran pengguna ialah golongan yang mahu mengamalkan pemakanan yang lebih sihat, kanak-kanak, dan pengguna yang prihatin terhadap bahan makanan. Produk ini berpotensi dikomersialkan dalam sektor makanan sihat dan artisan serta menarik minat industri tempatan yang ingin mempromosi produk berasaskan bahan segar dan semulajadi.