YI688: TAG NAMA DARIPADA KULIT UBI KAYU -TAPIONA

NUR AIN FASEEHAH BINTI ABDULL MUKHSIN SMK BERTAM PERDANA

Permintaan terhadap plastik semakin meningkat, namun ia menyebabkan pencemaran dan sukar terbiodegradasi. Di Malaysia, penggunaan plastik sekali guna dalam pembungkusan makanan dan minuman sangat meluas kerana kos rendah dan mudah diperoleh. Kajian kami mencadangkan penggunaan kulit ubi kayu sebagai alternatif untuk menghasilkan bioplastik. Campuran kulit ubi kayu dengan gliserin dan cuka berjaya menghasilkan tag nama yang tahan lasak, mesra alam dan mudah terbiodegradasi. Inovasi ini membantu mengurangkan pencemaran plastik dan menggalakkan penggunaan bahan semula jadi. Langkah ini penting untuk kelestarian alam sekitar dan masa depan yang lebih hijau.