JI449: INOVASI SARUNG TANGAN TOLAK (TOLAK DENGAN KUMPUL SEMULA)

NUR FAIHA AZALEA BINTI MOHAMMAD REDZWAN SK.KIANDONGO

Projek inovasi Sarung Tangan Tolak direka untuk memudahkan murid-murid menyelesaikan masalah tolak dengan kumpul semula (lebih Dari 10). Terdapat beberapa murid yang masih mengira dengan melukis lidi atau garisan kecil untuk mendapatkan hasil tolak lebih dari 10. Jari-jari murid tidak mencukupi untuk mengira tolak lebih dari 10. Pengiraan menjadi lambat kerana murid tidak mahir mencongak. Alat Penyambung Jari telah direka menggunakan bahan-bahan sedia ada seperti sarung tangan atau stokin, kotak susu Sekolah, jarum menjahit dan gam. Inovasi ini telah diuji terhadap rakan-rakan di kelas yang tidak melepasi Ujian PLaN (Program Literasi Dan Numerasi). Kami menjadi guru kecil membimbing menggunakan alat inovasi ini. Hasil Ujian menunjukkan murid seronok mengira menggunakan Sarung Tangan Tolak ini kerana dapat melihat pengiraan tolak dijari sendiri lebih dari 10.