MUHAMMAD ISYRAQI BIN ZAIDI SK PERMATANG BINJAI
Aquanova adalah projek inovatif untuk memulihara kualiti air melalui konsep mini urban wetland dengan menggunakan bahan kitar semula di sekolah. Kajian ini menangani pencemaran air longkang dan kekurangan ruang untuk tanaman di sekolah. Penyelidikan bertujuan menilai keberkesanan Aquanova dalam membersihkan air dan meningkatkan kualiti air sekolah serta memelihara flora dan fauna. Kaedah rawatan Aquanova telah menghasilkan air yang lebih bersih dan jernih, mengurangkan pencemaran air longkang. Namun, ujian lanjut diperlukan untuk memastikan kesesuaian air untuk diminum. Kajian ini memenuhi matlamat pembangunan mampan bandar dengan mengurangkan pencemaran air dan meningkatkan kesedaran kelestarian alam dalam komuniti sekolah.