NUR ARISSA BINTI MOHD SHARIMAN SM TEKNIK KUALA TERENGGANU
Produk inovasi SolaWallet merupakan satu alat pengecas mudah alih berasaskan tenaga solar. Produk ini bertindak seperti bank kuasa namun lebih ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Reka bentuk produk ini lebih istimewa kerana boleh dilipat sekaligus dapat meminimumkan ruang penyimpanan. Produk ini merupakan pilihan yang ideal untuk pengguna yang gemarkan aktiviti luar mahupun penggunaan harian. Ia menggunakan panel solar untuk menjana tenaga dan menyimpan kuasa dalam bateri dalaman. Selain itu, sistem ini turut dilengkapi dengan teknologi kawalan bateri pintar yang dapat mengelakkan masalah lebihan cas, sekaligus memanjangkan jangka hayat bateri dan menjamin keselamatan pengguna. Produk inovasi SolaWallet bersifat cekap tenaga dan mesra alam kerana memanfaatkan sumber tenaga boleh diperbaharui. Produk ini juga sangat praktikal bagi pengguna telefon pintar yang memerlukan pengecasan ketika tiada sumber elektrik tersedia.