MUHAMMAD ISKANDAR ZULKARNAIN BIN SUHAILI SK BAGAN SERAI
Magic PZ Box merupakan bahan bantu yang dibina untuk membantu murid mengecam bentuk huruf kecil dan huruf besar. Masalah yang timbul, murid sukar mengecam dan membezakan huruf kecil dan huruf besar. Magic Pz Box dapat meningkatkan kemahiran motor halus yang melibatkan koordinasi mata dan tangan. Penggunaan warna dan tekstur yang berbeza menarik minat murid dan memberikan pengalaman yang menyeronokkan . Melalui kaedah bermain sambil belajar ianya lebih mudah dan menyeronokkan, membolehkan murid mengecam huruf dengan lebih berkesan. Ianya dihasilkan dengan menggunakan bahan terbuang yang boleh digunakan semula dan mudah didapati. Ianya berpotensi untuk diperluaskan kerana ia boleh digunakan merentasi DSKP Aliran Perdana dan Pendidikan Khas.