YI70: TOFU DONUT

NOR AINA SYAKIRA BINTI HASHIM SMK SULTAN MANSOR

I3DC24 | Young Innovator (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 84 Views | 178 times | LS: 178.0
Like it? | Support them now!

Kajian ini dijalankan untuk membangunkan produk inovasi Tofu Donut yang dapat memberikan manfaat dalam PdPC pelajar PVMA Penyediaan dan Pembuatan Makanan. Tofu Donut merupakan satu produk makanan kesihatan yang menggunakan Tauhu sebagai bahan utama donut. Tofu Donut diinovasikan daripada donut yang terdapat di pasaran. Sampel kajian terdiri daripada 20 orang murid dari SMK Sultan Mansor yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu. Pengkaji menggunakan soalselidik secara maya (Google Form) sebagai instrument kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan purata peratusan setuju berada pada tahap tinggi dalam menjawab persoalan tentang tahap pengetahuan murid mengenai tauhu (90%), tahap penerimaan murid terhadap produk Tofu Donut (90%) serta potensi Tofu Donut dipasarkan (95%). Secara keseluruhan murid dapat menerima Tofu Donut ini kerana penggunaan tauhu dapat dijadikan sebagai donut yang lebih sihat berbanding makan donut yang terdapat dipasaran. Tofu Donut dilihat berpotensi tinggi di pasaran kerana ia merupakan produk makanan yang sesuai untuk semua golongan lapisan masyarakat termasuklah golongan kanak-kanak dan orang tua.