KVO599: SOS PERIA

SUHARTY BINTI ABU RAIS KOLEJ VOKASIONAL (ERT) AZIZAH

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.1475 | 9 Likes | 61 Views | 84 times | LS: 94.3
Like it? | Support them now!

Kajian ini dilaksanakan bagi menunjukkan penghasilan sos peria. Peria boleh dijadikan makanan utama atau makanan sampingan iaitu ulam-ulaman dalam pemakanan rakyat Malaysia. Ia biasanya dijadikan lauk atau dimakan begitu sahaja. Sos peria ini juga mempunyai rasa yang tersendiri yang boleh membuatkan sesiapa yang tidak gemar makan peria, menjadi gemar akan peria. Selain itu, tujuan penghasilan sos peria ini adalah untuk mendapatkan pelbagai khasiat peria yang baik dan penting untuk tubuh badan. Kemudian, sos peria ini dijadikan untuk mencipta juadah atau makanan sampingan yang unik dan menarik di mata masyarakat agar boleh dipasarkan di seluruh pasaran Malaysia. Akhir sekali, sos peria secara langsung dapat membantu dalam penjimatan wang dan tenaga kerana kita tidak perlu membeli peria dan sos secara berasingan tetapi cukup dengan membeli sos peria ini.