JI61: TONG SAMPAH PINTAR MENGGUNAKAN ARDUINO UNO

AFIATUL RANIAH BINTI AHMAD IMRAN SEKOLAH KEBANGSAAN AYER MOLEK

Konsep 3R (Reduce, Reuse and Recycle) merupakan salah satu cara yang berkesan dalam menjaga alam sekitar pada masa ini. Tong Sampah Pintar (TSP) ini merupakan salah satu inovasi yang dihasilkan oleh pelajar sekolah rendah dimana Tong Sampah Pintar (TSP) ini dapat membantu murid-murid kelab 3R dan tukan kebersihan sekolah mengenal pasti tong sampah yang penuh. Tong Sampah Pintar (TSP) ini dilengkapi dengan elemen-elemen robot seperti kuasa bateri, sensor, pergerakan dan kawalan. Masalah yang dihadapi oleh pembersihan adalah untuk mengenalpasti tong sampah kitar semula yang telah penuh di sekitar sekolah. Cara penggunaan Tong Sampah Pintar (TSP) ini adalah apabila tong sampah yang diisi dengan barang kitar semula telah penuh, sensor yang dipasang pada tong sampah akan memberi "signal" kepada robot dan kemudian robot akan menghantar "signal" kepada pembuz dan kemudia pumbaz akan mengeluarkan bunyi yang menandakan tong sampah kitar semula telah penuh dan perlu dikosongkan oleh pembersihan. Dengan inovasi ini, Tong Sampah Pintar (TSP) ini mampu membantu pengurusan murid-murid 3R dan tukang bersih menjadi lebih efektif serta menjimatkan masa.