ADIB BIN MASHURI KOLEJ VOKASIONAL BATU LANCHANG,
Inovasi terkini dalam pendidikan matematik iaitu Linear Game Board, dirumus khas untuk menangani cabaran pembelajaran topik Persamaan Linear. Dicipta oleh pasukan dari Kolej Vokasional Batu Lanchang, inovasi ini bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar serta mengatasi kesukaran memahami konsep tersebut secara permainan. Dengan menggunakan permainan sebagai alat bantu mengajar, Linear Game Board tidak hanya menarik minat pelajar tetapi juga menyediakan kaedah pengajaran alternatif yang lebih berkesan. Melalui permainan ini, pelajar dapat belajar sambil bersaing secara sihat dan mengasah kemahiran sosial dan kognitif mereka. Kebolehgunaan Linear Game Board tidak terhad kepada pembelajaran matematik semata-mata, tetapi juga meluas kepada pembangunan nilai-nilai kerjasama dan sifat ingin tahu. Dengan kos yang rendah, inovasi ini mempunyai potensi yang besar untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap Persamaan Linear sambil meningkatkan prestasi matematik mereka secara keseluruhan. Linear Game Board ini telah dilaksanakan di Kolej Vokasional Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk kajian awal pembinaan. Borang soala selidik telah dibangunkan dan di agihkan kepada pelajar. Sebanyak 30 borang soal selidik telah diedarkan yang melibatkan pelajar tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia. Hasil daripada kajian ini, didapati kefahaman pelajar dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan peramaan linear semakin meningkat dan seterusnya pelajar lebih bersemangat untuk menyelesaikan soalan yang disediakan. Inovasi ini juga telah menjadikan sesi Pdp semakin menarik kerana melibatkan penggunaan atas talian dan berbentuk permainan. Melalui permainan yang interaktif, Linear Game Board menyajikan pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan serta diharapkan memberi manfaat dalam meningkatkan pemahaman konsep matematik serta kemahiran sosial pelajar.