KVO1136: EZ VROOM- Model Sistem Ekzos Kenderaan

Muhammad Alif Haikal Bin Mohd Rizal KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0227 | 1 Likes | 44 Views | 41 times | LS: 42.0
Like it? | Support them now!

Sistem ekzos kenderaan adalah modul yang wajib dalam pembelajaran di program Teknologi Automotif. Namun, tinjauan awal mendapati pelajar sukar untuk memahami konsep sistem ekzos yang abstrak. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesesuaian penggunaan alat bantu latihan sebagai pemudah cara . Oleh hal demikian, projek EZ-Vroom telah dibangunkan dan diuji menggunakan soal selidik terhadap 10 orang responden yang terdiri dari pelajar dan pensyarah. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif melalui penggunaan peratus persetujuan. Hasil dapatan analisis data menunjukkan EZ Vroom sesuai sebagai alat bantu latihan terutama bagi pelajar yang mempunyai masalah memahami konsep asas sistem ekzos dan komponen berkaitan.