SUHARTY BINTI ABU RAIS KOLEJ VOKASIONAL (ERT) AZIZAH , JOHOR BAHRU
Kajian ini dijalankan bagi menunjukkan penghasilan carrot powder iaitu serbuk lobak merah. Selain itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mencipta bahan perasa yang unik kerana ia berasaskan campuran sayur-sayuran seperti lobak merah dan lada benggala. Bahan utama pembuatan carrot powder adalah lobak merah ia berfungsi sebagai penambah rasa. Ia memberi rasa manis daripada lobak merah. Manakala bahan sampingannya pula adalah lada benggala sebagai penambah warna. Ia memberi rasa manis serta sedikit pedas. Carrot powder mempunyai sasarannya iaitu semua peringkat umur. Carrot powder ini juga bagus untuk kesihatan kerana ia tiada sebarang campuran lain. Carrot powder ini boleh diguna di dalam makanan harian seperti dijadikan hiasan, diletakkan di dalam pasta dan dijadikan bahan sampingan kerana carrot powder mempunyai rasa yang ranggup.