KVO222: LAY-B TOOLS

MUHAMMAD DANIAL BIN ZULKEPLY KOLEJ KOMUNITI JELEBU

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.1496 | 19 Likes | 127 Views | 146 times | LS: 167.8
Like it? | Support them now!

Penggunaan peralatan bagi kerja mengaras bata yang sedia ada memerlukan peralatan yang berlainan. Peralatan tersebut perlu disediakan dan digunakan secara berasingan. Hal ini menyukarkan kerja mengaras bata dilakukan. Produk ini direkabentuk bagi memudahkan pekerja melaksanakan kerja-kerja mengaras bata. Produk Lay-B Tools mampu mempercepatkan kerja dan memberi kesenangan kepada pekerja. Antara kelebihan produk ini ialah “All in One” yang menggabungkan peralatan yang berasingan menjadi satu produk. Selain itu ianya mudah untuk dibawa, ringan dan boleh digunakan berulang kali. Produk ini direkabentuk dengan memenuhi fungsi yang sama. Lay-B Tools merupakan satu peralatan yang lebih praktikal berbanding dengan peralatan yang sedia ada, dapat mengurangkan penggunaan pelbagai peralatan yang berasingan, mengurangkan kos dan mudah untuk disimpan dan dibawa. Penghasilan produk inovasi ini diharap dapat membantu pekerja binaan dalam menghasilkan gaya kerja yang lebih efisien. Produk ini dicadangkan untuk digunakan oleh bidang pembinaan baik di institusi pengajian mahupun industri.