FOWLEZSTER HANNSENZ ANAK JUGAH SMK PENRISSEN
Inovasi ini bertujuan untuk mengatasi masalah para pelajar terutamanya murid tingkatan 5 yang menghadapi masalah untuk menjawab kehendak soalan yang memerlukan huraian bagi subjek Pendidikan Moral. Bagi mengatasi masalah yang dialami oleh para pelajar, kami telah mencipta satu permainan yang terdiri daripada teknik- teknik menjawab soalan peperiksaan subjek Pendidikan Moral yang telah dikongsikan oleh guru Pendidikan Moral. Antara teknik yang dikongsikan oleh guru Pendidikan Moral kami terdiri daripada teknik Mak Bagi Kek Coklat, teknik Nenek Wan Harap Hujan Lebat dan teknik KFC. Kami telah berkongsi permainan ini dengan ramai rakan pelajar dan terbukti bahawa inovasi permainan What’s in The Box? telah membantu ramai pelajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sekali gus menarik minat pelajar yang kurang minat dalam pelajaran untuk mempelajari subjek Pendidikan Moral.