YI916: PAPITA FRESCA

JERYANO JUAREH KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN 2

Papita Fresca ialah inovasi makanan berasaskan kulit betik terbuang yang diolah menjadi serbuk berperisa manis dan savori. Serbuk ini boleh digunakan dalam pelbagai produk seperti biskut, kraker, serta teh herba. Melalui proses pengeringan dan pengisaran, kulit betik yang kaya dengan serat dan antioksidan ditukar menjadi ramuan serbaguna yang menyihatkan dan lestari. Inovasi ini mengurangkan sisa makanan, menjimatkan kos, serta menyokong ekonomi hijau. Papita Fresca membuka peluang baharu dalam industri bakeri dan minuman, membuktikan bahawa bahan terbuang mampu memberi nilai tambah dan potensi komersial tinggi.