Nur Amanda Zulaikha Binti A Rahman Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pembangunan E-Modul bagi topik Reka Bentuk Makanan dalam mata pelajaran RBT Tingkatan 2 bertujuan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, sama ada di dalam atau di luar kelas, terutamanya apabila kemudahan amali terhad. Modul ini dibangunkan berasaskan Model ADDIE dan merangkumi komik animasi, video demonstrasi memasak, prosedur pembungkusan makanan menggunakan bahan ergonomik, serta kuiz interaktif bagi menilai tahap pemahaman murid. Sasaran utama ialah guru sebagai alat bantu mengajar dan murid sebagai bahan pembelajaran interaktif. Kebolehgunaan modul ini dinilai melalui temu bual bersama tiga pakar RBT. Modul ini berpotensi meningkatkan minat dan kefahaman pelajar terhadap topik tersebut.