NURUL AINI BINTI MOHD YUNUS PPD TIMUR LAUT
Kit E-Tutur merupakan satu inovasi bahan bantu mengajar Tahun Dua Sekolah Rendah yang dibangunkan khas untuk menyokong keberkesanan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di bilik darjah. Inovasi ini direka bentuk dengan tujuan utama untuk membantu guru melaksanakan aktiviti yang menarik, interaktif dan berpusatkan murid. Melalui Kit E-Tutur, guru dapat mengendalikan pelbagai aktiviti berstruktur yang dapat mendorong murid mempunyai kemahiran berbahasa dan menjadi murid aktif, lebih yakin untuk bertutur, serta mampu menyampaikan maklumat dengan jelas dan berkesan. Kit ini juga mampu meningkatkan motivasi murid dalam penguasaan kemahiran bertutur. Kit E-Tutur dibangunkan sepenuhnya menggunakan aplikasi digital. Bahan pembelajaran berbentuk video dan lembaran aktiviti dalam kit ini membolehkan guru mengakses dan menggunakannya secara fleksibel, sama ada di dalam bilik darjah mahupun di bilik-bilik khas yang lain. Guru juga dapat menerapkan konsep pembelajaran terbeza apabila menggunakan kit ini. Elemen digital yang dimuatkan turut menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, selaras dengan keperluan murid generasi masa kini yang celik teknologi.