NORFATIHAH BINTI SARIPUL KOLEJ VOKASIONAL KLANG
Alat pemegang bata (Brick Lifter) adalah alat yang digunakan untuk membawa beberapa batu bata. la direka sebagai alat mudah alih dan ringan supaya pengguna boleh menggunakannya di mana-mana sahaja dengan mudah. Penggunaan produk ini, ia boleh mengurangkan tenaga dan menjimatkan masa. Alat ini direka bentuk bagi memudahkan pelajar-pelajar Teknologi Pembinaan di Kolej Vokasional Klang untuk membawa batu-bata dan mengatur batu bata mengikut susunan semasa kerja amal dilaksanakan. Selain itu, kami juga menguji produk alat pemegang bata (Brick Lifter) kepada pelajar Kolej Vokasional Klang alat mengangkat bata ini membuat kerja mereka lebih mudah dan menjimatkan masa. Oleh kerana penggunaan bata adalah penting di semua tapak pembinaan. Kami mengambil keputusan untuk mereka bentuk produk ini mengikut kesesuaian supaya produk ini dapat digunakan oleh pelajar Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Klang semasa menjalankan kerja amali.