MUHAMMAD ULWAN UQAIL BIN SUHAIMI KOLEJ VOKASIONAL WAKAF TEMBESU
Solar atau lebih tepat lagi sistem fotovoltaik solar merupakan salah satu subjek pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Kolej Vokasional atau lebih tepat lagi kursus Teknologi Elektrik. Solar adalah salah satu sumber tenaga boleh diperbaharui pada masa ini. Sistem fotovoltaik solar ialah sistem kuasa yang direka untuk membekalkan kuasa solar yang boleh digunakan melalui fotovoltaik. Ianya terdiri daripada sebuah susunan beberapa komponen utama iaitu panel solar untuk menyerap dan menukar tenaga cahaya matahari kepada tenaga elektrik, bateri simpanan, pengawal cas solar ( solar charge controller ) untuk mengecas bateri, penyongsang ( inverter ) solar untuk menukar arus elektrik dari arus terus ( AT ) ke arus ulang-alik ( AU ) serta pemasangan kabel dan alat perlindungan elektrik lain untuk menyediakan sistem kerja. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah di lakukan di tempat yang sesuai dan selasa dan tidak dilupakan juga bahan untuk mengajar juga perlu cukup untuk melakukan proses pengajaran dan pembelajaran. Permasalahan di sini adalah kekurangan bahan dan ruang untuk melakukan kerja ataupun proses pengajaran dan pembelajaran disebabkan faktor ruang dan kos yang agak tinggi. Melihat daripada permasalahan tersebut. Kami telah mencipta ” SOLAR KIT ” yang dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang dimana solar kit ini dapat digerakkan kemana-mana tempat yang yang sesuai dan selesa untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Solar kit ini juga dapat menjimatkan masa bagi melakukan pendawaian kerana solar kit ini menggunakan Banana Plug male / female. Hal ini juga dapat mengelakkan kerosakkan pada komponen-komponen solar. Di samping itu, kos pembuatan yang rendah menjadikan solar kit ini mampu dihasilkan di mana-mana pusat pengajian yang menawarkan kursus yang berkaitan dengan solar. Kami berharap dengan adanya ’’ SOLAR KIT ’’ ini dapat memberi kemudahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.