MUHAMAD HASNAN BIN ABDULLAH KOLEJ VOKASIONAL ALOR SETAR
Membangunkan Tempat Simpanan Data Yang Di Simpan Pada Rangkaian Berasaskan VPN untuk Kegunaan Pensyarah dan Pelajar di Kolej Vokasional Alor Setar direka bagi penyelesaian penyimpanan data yang cekap, mudah direlola, dan mudah diakses. Tujuan projek yang dibangunkan ini adalah untuk memudahkan pengguna mengakses dan menguruskan data dari satu lokasi. Selain itu, dengan penggunaan sistem ini dapat melindungi daripada berlakunya kehilangan data selain mempunyai ruang penyimpanan yang mencukupi sesuai permintaan sesebuah organisasi. Sistem ini diaktifkan menggunakan perisian VirtualBox untuk mewujudkan ruang penyimpanan yang mengikut spesifikasi yang dimahukan. Projek ini telah diimplementasikan kepada pensyarah dan pelajar yang terdiri daripada warga KVAS. Pengumpulan data dibuat dengan borang soal selidik menggunakan Google Form. Hasil analisis data menunjukkan bahawa responden bersetuju terhadap kesesuaian penggunaan Tempat Simpanan Data Yang Di Simpan Pada Rangkaian dalam kalangan pensyarah dan pelajar Kolej Vokasional Alor Setar.