YI817: CrayoFAT

MUHAMMAD NOR AL AMIN BIN MOHD NOR AL HAFIZ KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) CHENOR

CrayoFAT merupakan satu inovasi mesra alam yang dihasilkan melalui pemanfaatan semula lemak lembu yang terbuang bagi menghasilkan pensel warna. Produk ini dibangunkan sebagai alternatif lestari kepada pensel warna komersial yang lazimnya menggunakan bahan kimia berasaskan petroleum. Lemak lembu yang biasanya menjadi sisa buangan industri diproses dan ditulenkan bagi menghasilkan bahan asas krayon yang selamat, tahan lama serta memberi tekstur lembut semasa mewarna. Inovasi ini bukan sahaja mengurangkan pencemaran sisa pepejal, malah menyokong konsep ekonomi kitar semula serta berpotensi digunakan dalam sektor pendidikan dan seni kreatif secara meluas.